Sunday 14 December 2008

...

Hari ini 2 ibu kepada rakyat Malaya di Birmingham ini meninggal dunia. Ibu Dr Syed N, meninggal di hospital Birmingham jam 5:30 pagi, sementara ibu kepada H dan Dr R meninggal di Malaya jam 9:30 waktu Birmingham

Semalam kami sempat membacakan surah Yasiin kepada mereka selepas majlis ilmu mingguan. Utz Mad sempat meminta kita membacakan surah Al Fatihah untuk disedekahkan kepada mereka semalam. Itu sahaja yang dapat kami lakukan untuk mempermudahkan segala urusan.

Pagi tadi turut diadakan sholat jenazah ghaib. Wa tak dapat hadir kerana anak wa nak kena periksa mata. Dia tak boleh nampak apa yang cikgu tulis di papan putih. Dh pegi kena buat temujanji lagi. Kalau kat Malaya, walk in je, free lagi.

Jam 6 petang mata wa dah ngantuk. Isya masuk 5:24 pm, patut le ngantuk. Kat luar dah gelap. Sejuk pulak tu. Hari ini, wa kumpul semua sampah sebab esok tukang sampah datang pungut. Banyak sungguh sampah di rumah wa ni.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ