Saturday, 20 December 2008

Welcome CYMRU

Eh breder, Jumaat lepas wa bertolak ke WALES (CYMRU) ke capital city of Wales. Janji asal nak bertolak pepagi. Tapi lambat itu dan lambat ini, 11:30 baru keluar rumah. Maka plan asal nak gi Cardiff Castle dan Cardiff Bay tak jadi, lalu trus singgah ke rumah teman wife wa.

Sampai sampai sholat jamak qasar Dzohor dan Asar (musafir), lalu makan. Lepas Maghrib, kami ke Winter Wonderland di tengah kota. Kira macam fun fair, cuma grade 1 la. Kat Malaya tu grade 5. Kah kah kah, Malaya saja mesti tak best punya (cikai, jangan marah, eh lu leng kali buat la betul betul jangan cincai je)

Eh tapi memang bagus mereka organise mende ni. Ada ice skating lagi you, wa kata kat lu. Kami tak sempat main ice skate sebab ticket fully book. Lepas puas bebudak main mainan kat situ (wa saja je kata puas, manyak oooo pound habis, siap rock climbing lagi, maka kami naik wheel of Wales. Macam London Eye la, tapi grade 3, wa rasa sama ngan Malaysia eye yang suatu ketika dahulu ada di tempatkan di tasik belakang perpustakaan negara tu dulu (Jln Ampang ke, hi hi hi dah lupa, awwww)

Kat sini sejuk giler, udah le sojuk, angin kuat pule. Ghupenya depa ni memang dekat laut. Maklum lah, dah malam, tak nampak lautannya

Pagi tadi, kami keluar rumah jam 10:30 pagi. Terus menuju ke International sport complex, maklum lah, semalam tak dapat main ice skate, pagi ni kami pegi indoor punya. Satu keluarga of 5 GBP30. Heh heh heh pada hal, inilah kali pertama kami main ice skate. Wife wa, Maisarah dan Amir ada la gak pengalaman main roller blade, jadi boleh la adjust sket sket. Aiman dan Anas jatuh, jatuh lagi dan lagi. Akhirnya setelah hampir 1 jam, barulah Aiman dan Anas enjoy main ice skate sebab dah boleh jalan. Hapa ! ! ! Lu all tanya wa? Eh wa seperti biasa la, kena jaga Madeehah. Kesian wa awwww ! ! !

Hampir 2 jam kami di situ. Lalu kami berangkat ke Cardiff Bay dan Millenium Centre. Cardiff ni ralatifnya bandar lama tapi di hiasi dengan banyak bangunan baru. Bersih, cantik dan agak moden.

Cardiff bay cantik. Banyak yatch. Bukan pelabuhan macam Liverpool tu. Jadi pemandangannya menarik. Ia dibina di atas tanah tambak laut.

Millineum centre pule dikhabarkan seperti Royal Albert Hall London. Ramai pulak orang hari ni. Ada show. Jalan masa winter ni selain sejuk, masa siang pon pendek. Jadi wa sarankan lu all datang sini masa summer. Plan asal kami juga terpaksa diubah suai atas faktor masa. Patutnya nak pegi Cardiff Castle, open museum dan "me lay park" di park.

Lepas jamak qasar Dzohor dan Asar, wa keluar ke mother care (50% winter sale) dan sekitarnya. Kalau di Birmingham jenuh nak meloncat dari satu tempat beli belah ke satu tempat yang lain, kat sini semua cikadak tu berada di kawasan yang berhampiran antara satu sama lain.

Okay baby. Owh lupa, esok birthday anak sedara wa di Egham, baby tu dah berusia 10 tahun. Happy birthday baby. Jangan naqal naqal ye ! ! !

4 comments:

tinta said...

Salam, saya jumpa shakinah di alamanda minggu lepas; kisahnya dia dah berhenti dari CUCMS dan akan terbang juga ke UK (with family) utk buat PhD.

Dentist and Me said...

Ya, we got three family here then

tinta said...

Semakin meriahlah nanti...:)

G'Zain said...

Doc Aji Humble,
Lu jumpa Sawal aritu tak cite pasal KBR ker? KBR tu dah macam terabai, lu rasa ok ker gitu?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ