Isnin nan lalu, wa, Utz Yunus, Abg Said dan Madeehah pergi ke mesjid di Aston, dengan tujuan sholat jenazah Mak Cak Dr Syed. Namun jenazah belum boleh keluar dari hospital dan tukang gali kubur fully book.
Maka wa pulang semula ke rumah. Malamnya ada tahlil tapi wa keje.
Keesokan harinya jenazah dimandikan disembahyangkan dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan yang dikongsi bersama dengan kubur penganut agama lain, cuma tempat lain lain. Orang Islam dikumpulkan di satu tempat. Umat Syiah tak campur dengan Sunni.
Biaya lease tanah perkuburan tersebut untuk 75 tahun adalah GBP2100 sementara urusan jenazah dari hospital hingga dibawa ke tanah perkuburan adalah GBP400. Wa tak pegi sebab Madeehah tak ada orang jaga.
Malamnya wa pegi tahlil bersama 6 rakan wa dari daerah Harborne (wa sorang) dan Selly Oak (6 orang). Naik kete wa la, kete beso katakan. Jimat minyak dan jimat parking space. Tahlil dibawa oleh Utz Mad.
Kalau nak bawa balik, biaya ke airport GBP1400. Dari airport ke Malaya, ikut kargo MAS. Biaya dikira mengikut bilangan space kerusi dan berat. Wa korang arif.
Begitu serba sedikit urusan jenazah di sini
7 comments:
Al-fatihah untuk arwah...alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan. Sememangnya pun di mana kita mati, elok disegerakan urusan itu, kebumikan sahaja di temapat kita menghembuskan nafas terakhir kita biarpun di bumi mat salleh sekalipun. Biayanya mungkin lebih tinggi namun kita tidak tahu seksanya jenazah itu jika kita yang hidup melengah-lengahkannya termasuklah berhasrat membawa pulang jenazah ke negara asal...masyarakat kita masih memandang hanya jika mati di Makkah sahaja yang dikebumikan di sana tanpa dibawa pulang jenazah itu...wallahualam
Cikgu sekolah agama wa di bukit timbalan mersing pon berkata begitu. Cuma wa lemah la bila ado pertanyaan begini.
Q: macam mana kita tau jenazah tu tersikso? Awwwww ! ! !
Hah .. tak kan jawab Awwwwww! je? Cari la jawapan (dalil/nas) nya. Nak gak tau.
tolong lah jawabkan En Dicken, Cik Som pasti mau tau ! ! !
ish .. En Dentist kan banyak software. Boleh kot godeh2 cari.
BTW, seandainya "seksa jenazah" tu ada, tak gamak rasanya Big Boss kita nak seksa umat dia yg dah meninggal sebab orang yg hidup decide nak simpan lambat/ hantar balik Mesia/ tukang gali kubur fully booked etc. Dok ggittu ke?
Nanti hari bangkit esok dia tanya, "kalau macam tu kira salah saya juga ke Boss?"
Apalah lu Mr Dentease, U have all the resources there.. kawan2 yg pandai bab ugama eg lu ada Ustazah Mat kan? Ha... apa lagi? CikSom tu mesti tak sabar nak tau jwpnnya..
Sori.. sejak bila Ustaz Mat jadi ustazah ekk?? kahkahkah..
Post a Comment