Friday, 26 December 2008

Boxing Day


Beginilah Aiman dengan kaca matanya.


Sebenarnya ini bukanlah kaca mata yang dia pilih. Tapi pihak kedai tetap beri dia percuma ini seperti yang dijanjikan. Kaca mata yang dia pilih akan sampai beberapa hari lagi. Pada hari sepatutnya kaca mata tersebut diambil, telah berlaku suatu yang tak diduga. Maka terpaksa ditunda pengambilannya



Ini pula adalah Madeehah. Wa korang maklum apa projek dia kali ini



Seperti yang diketahui semua, seluruh donia sambut Krismas pada 25 Dec 08. Secara telusnya ia adalah tarikh yang dipilih oleh manusia, menurut kesesuaian terbaik menyambutnya. Jika ditanya kepada umat Kristen di sini, depa pon tau ia adalah retorik penyedap rasa. Pengkhayal kanak kanak, hi hi hi ada santa kalus gitew. Kelahiran Nabi Isa as hanya Allah swt yang tau. Tarikh sebenarnya juga ada banyak gitew. Paling popular Julai.




Namun sebagai umat Islam kita wajib mempercayai bahawa Nabi Isa as adalah pesuruh Allah swt.


Semalam BIL wa n famili beliau bercuti di rumah wa. Wa juga tunggu paman wa untuk datang pada hari tersebut, namun beliau tak berkesempatan. Insya Allah di lain kesempatan.


Adalah sangat popular, di sini, setelah sambut krismas, keesokan harinya, 26 December adalah "boxing day". Hari di mana pekedai memberi potongan harga hingga 70%. Ye la khanz lu all. Depa ni bukan suka sangat pegi rumah sedara mara, macam kita di bulan syawal, sebulan gitew kita merayakan kemenangan di bulan Ramadhan. Oleh karena itu mereka pon pegilah berbelanja.


Dikhabarkan, ini adalah pokok krismas terbeso di UK.

Maka kami phon pergi la ke salah satu factory outlet yang bertebaran di seluruh UK dan Europe. Kami ke Cheshire Oak, factory outlet terbeso di Eropah, dengan bilangan kedai 145 buah. Dulu wa datang sini dengan Wan, Tok Bak dan Dol. Eh terbawa bawa pula, nak yang terbeso je, tertinggi, termurah, awwwww.

Kami bertolak seawal jam 8:40 pagi. Sampai 10:30 pagi. Kelihatan pengunjung dah begitu ramai. Kedai pertama yang wa masuk, Levi's. Mengancam you, 501 GBP10-40. Tapi karena terlalu sesak, wa tak boleh bernafas dengan mewah, maka wa keluo dari situ. Akhirnya wa boli je seluo GAP dan Timberland (GBP16 dan GBP10)




Beginilah keadaan di Cheshire Oak, petang 3:30 PM.




Dah nak Maghrib.

Sholat tepi kete. Ambil wuduk di toilet. Wa lupa ambil wuduk sebelum pakai setokin di rumah. Maka nak wuduk sekali lagi kena basuh kaki la. Wa lihat sekeliling, ada mamat par qist tanz, maka wa hangkat je kaki, depa sure paham. Satu kaki lepas, kaki kedua, tengah dalam sinki, mat salleh masuk, alamak ai, ditenungnya wa. Dgn selamba wa buat macam tak lihat. Cepat cepat wa blah






Apa ceta disebalik mende ni ye?





Ramai rakyat Malaya wa jumpa di sini. Semuanya peramah belaka. Banyak mereka berbelanja wa kata kat lu.







Senja ku di Cheshire Oak. Lenguh kaki melangkah, sempat juga berhenti sejenak, makan baked potatoe with tuna mayonise dan cafe latte (Medium) GBP5.40. (pergh ! ! ! RM26 beb)









Hingga la ke malam. Bukan malam pon, baru jam 4:10PM. Penat menunggu wife wa dan in laws wa berbelanja, wa sempat minum capucino di corsa cafe










Lalu wa phon pulang ke Birmingham, perjalanan 104 miles itu mengambil masa 1 jam 45 minit.



Sampai ke rumah, anak anak wa sudah menunggu. Kanak kanak tinggal di rumah, mak bapak je pegi shopping. Biasanya kalau shopping, balik kejap je, ni penat depa tunggu dekat 10 jam gitew. Kami tak bagi depa duduk dendiam sahaja. Kami bagi depa tugasan, organise persembahan dengan janji hadiah pada yang terbaik.


Maisarah ... menari
Amir ... patutnya dia yang buat persembahan, tapi wa dan BIL wa lak yang kena lumba lari, tak patut sungguh khanz lu all
Rina ... Nyanyi
Aiman, Shasha dan Anas ... buat cup cake.
Madeehah dan Adeena ... nyanyi mama mia


Hi hi hi akhirnya semua dapat hadiah, sponsored by my BIL.








7 comments:

Unknown said...

kalau kat malaya setakat rm26 skali dok minum tu pun ada lagi kurang.pegi la kat S.B ke C.B ke mau cicah rm30 gak.tak heran dah...kalau minum kat kedai mamak dpt la < rm10.tapi kurang stail la...machopuchong

Dentist and Me said...

owh ye ke mahalnya minum di Malaya

ciketon fazya said...

Sy teringin nk berada d uk bla boxing day..mencari brg utk dbeli...huhu

Dentist and Me said...

ye ke ciketon ... mai la sini. Depa habaq 2 minggu lepas Krismas lagi turun harga barang. Sempat lagi ni kalau nak datang

Anonymous said...

ooo .. minum costa tak ajak. tak pe. tengkiu sebab rajin jadi driver. anyway kisah bintang tu di sini:
http://en.wikipedia.org/wiki/Star_of_Bethlehem

tah iye tah idak .. wallahua'lam

Dentist and Me said...

Wa sebenonya lama tunggu dalam kete tu. Lepas sholat Maghrib dan Isya, mereka tak muncul muncul lagi. Banyak sungguh mereka berbelanja.

Lalu wa keluo dari kete, sejuk wa kata kat lu. Boleh beku wa rasa. Tak khanz nak nyalakan enjin kete pasang heater. (Owh itulah sebabnya wa jadi agak demam balik dari Cheshire Oak ary tu)

Jadi wa terfaksa keluo. Nampak pulak kedai kopi panas. Panaskan lah badan dulu. Tapi tak khanz duduk saja. Oder la cappucino, awww best gitew. Lalu wa terlufa akan mereka yang lain. Lagi pon khanz lu, lepas wa oder, kedai tu phon tutup pintu tak bagi customer baru masuk. Jadi jangan sedih En Dicken. Rejeki ada di mana mana, awwww ! ! !

Anyway, thanks for the info

ciketon fazya said...

ala encik dentist n me..
nnt insyaallah ada rezeki saya nak jgk g lepak2 kat UK tu..skang ni fulus sy sentiasa paras2 hidung je..takpe2 nnt ada peluang sy yakin sy akan berada jugak di UK dgn suami..err skang masih bakal suami..hehe

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ