Pepagi lagi wa dapat panggilan telepon dari bos wa di hospital. Katanya, operating theatres have been closed, all the operations cancelled. Maknanya, wa tak payah datang keje hari ni. Berita baiknya, yey bestnya boleh sambung tido sejuk sejuk ni. Tak bestnya, alamak ai, gaji korang la minggu ni.
Bila tak keje wa ada banyak masa la nak menulis. So here I come.
Setelah lebih setahun wa di UK ini, wa dapati cost of living in UK jauh sesangat lebih murah dari kos kehidupan di Malaya. Pelik khanz. Namun begitu lu all percayalah kepada wa, bahawa pemimpin mereka memang menjaga kebajikan rakyat mereka. Salah sikit, kena balun cukup cukup. (Walaupon begitu, ada gak yang terlepas, tapi tak banyak)
Banding ngan di Malaya, sikap TID AFA rakyat terutama Melayu sungguh memanjakan peminpin. Lagi phon, mana boleh cakap lelebih. Zappp pancong. Tak dinafikan ramai kalangan pemimpin bertungkus lumus bekerja (wei keje lu jaga kebajikan rakyat khanz, sama la keje rakyat jaga tempat di mana mereka bekeje). Cuma wa rasala, dek kerana keje sampingan lebih beso dari keje utama, mungkin, nak naik kena bagi gula gula, nak projek kena bagi gula gula, hingga menyebabkan fulus kena banyak. Poning nak cari fulus untuk maintenance bende bende tu tuan tuan dan puan puan
Wa bagi contoh menteri bagus, awwwww. Dato Shahrir Samad. Johor tu Johor wa kata kat lu ! ! ! Walau pon wa tak lihat lagi mana laman web banding harga tu, namun usaha kementerian beliau (bukan beliau sahaja, jangan perasan Dato' orang di bawah beliau juga termasuk) telah bergerak ke arah itu.
Wa tak minta yang bagus seperti berkembangnya website banding harge di UK ni, namun langkah pertama telah dilakukan. Jika ketuanya (Dato'sendiri) tak terlibat dalam keje sampingan banyak sangat, Insya Allah pasti ada kemajuan.
Wa bagi contoh web banding harga di uk www.moneysupermarket.com, www.twenga.co.uk, www.travelsupermarket.com, www.petrolprices.com, www.comfuse.com dan banyak lagi surf je kat internet nak cari barang apa, pasti kita tahu di mana harga terbaik, cari di www.google.com
Wa rasa belanja di Malaya merapek. memang la barang barang di Malaya tu import, abis tu, mengapa import. Kalau buat barang sendiri buat la yang berkualiti. Hi hi hi senang cakap. Tapi kalau tak cakap pon senang gak. Cuma kalau cakap mungkin ada manfaatnya. Khanz
Sebut tang kualiti je, wa ingat kat proton. Ei trus trang wa kata kat lu wa geli. Geli geleman. Dah bertahun tahun masih handle pintu senang patah, masih tingkap bila dah turun tak naik naik. Lebih menghanginkan wa bila bawa ke dealer proton, depa kata, ala bang, problem ni biasa pada kete proton, bukan kena kat abang sorang sahaja. Dalam hati wa kata lu bodoh ke hapa? Ha lu jawab la sendiri. Mende ni cermin kepada pengurusan. Kalau ketua haprak, haprak la pekerjanya. Hai ketua, tak guna lu terasa, lebih baik lu atasi masalah ini. Agar lu jadi lebih baik dari apa yang mereka sangka. Lu akan rasa lebih puas bila berjaya buktikan lu lebih baik dari cari alasan nak cover kelemahan lu, wa kata kat lu.
Tak boleh ubah ke? Memang susah nak ubah mentaliti masyarakat. Kita akui Malaya dah banyak berubah. Jadi sabo la khanz. Nenek wa kata, nak lihat rumah wa dah senget ke, nak roboh ke, kena lihat dari luar rumah. Kat dalam rumah kita tak nampak.
Ha jadi bagus ada ramai rakyat Malaya di luar Malaya ni. Cuma, yang tak bagusnya, jika orang dalam rumah tak dengo, telinga asik disumbat ngan headphone iPod, mana nak dengo khanz lu all. Jadi tinggal la Malaya dengan Malaya. Wa rasa ramai dah fed up nak bagi tau. Jadi langkah terbaik, duduk dendiam saja. Rugi sungguh
5 comments:
1. untuk org mcm wa yg 'baru nak mula idop' ni kan, keta proton la yang termampu wpon mcm2 komplen wa dgr.. jd cmner.. tpaksa jgk la wa guna keta yang selalu problem tingkap keta tkmau naik lepas turun ni.. hihi..
2. wa nak tnya apa tajuk instrumental piano kat blog lu ni sbb wa sgt suka music ni tp wa tktau tajuk.. mekasihh..
the velocity of love oleh Maksim Mrvica, boleh didapati di http://www.mp3raid.com/search/
pasal kete, itulah wa kata kat lu, Kerajaan telah mengarahkan semua rakyatnya berhutang. Kereta adalah keperluan, tapi harganya mahal. Namun rakyat bayo
Bukan itu saja tax yang rakyat terpaksa tanggung, banyak lagi barangan ber tax tinggi yang rakyat terpaksa tanggung untuk 'kononnya' membina infra dan keperluan rakyat kelas dunia.
Lu lihatlah bagaimana kualiti kelas dunia yang kita ada. Jalan raya pon bumpy. (Alhamdulillah ada khanz, TID AFA)
Bolum lagi rakyat terpaksa bayo beratus ringgit untuk harga sebatang pen yang berharga tak sampai RM10 (dipetik dari keratan akhbar beberapa purnama nan lalu
Jadi kita bayo terlalu tinggi untuk suatu yang biaser biaser jer.
Proton persona di sini bawah GBP6k jer you. Ngape you bayo lebih di tanah tumpah minyak dia?
Wa tetap dgn J-gua .. so far so good, auww.
Proton dah banyak lahirkan engineer2 automotive Melayu. Its part of a grand plan to imrove Malaysia's human capital & economy. But I agree with you, such a lot of room for improvement.
kat mesia... buat barang elok2 cantik2 berkualiti.. pi jual kat org lain... pastu import brg kualiti rendah untuk kegunaan rakyat...
kat jepun? lu fikir sendri la!!
Post a Comment