Sunday, 20 April 2008

Peribahasa cermin bangsa

Lama tak melayar blog wa ni. WA terasa letih lah lu all. Tak tau lah kenapa, but lately, wa selalu letih. Mata pon rasa kering terutamanya bila kena angin.



Lu all masih ingat tak cerita zaman dulu kala. Agen penjajah. Orang Melayu ni bila jadi agen penjajah, bukan main taat lagi mereka kepada penjajah. Kepentingan bangsa sendiri ditolak jauh ketepi.



Sejarah juga membuktikan bahawa tak guna jadi agen penjajah ni. Kalau lu masih ingat kisah seorang pemuda Islam yang ingin jadi perwira raja bukan Islam. Dia memang bagus punya. Hingga Raja nak lantik dia jadi penglima kanan, kira paling tinggi lah tu.



Lalu penasihat kepada raja, nasihatlah kepada Raja, Tuanku, kita kena uji dia dulu Tuanku. Kita nak tau takat mana kesetiaan dia kepada Tuanku. Lalu disuruhnya Panglima ini membunuh rakan seagamanya. Dengan gagah berani dan tanpa belas kasihan, dia terus membunuh rakan Islamnya itu.



Raja sangat berpuas hati. Namun penasihat Raja tak puas hati, lalu dinasihatinyalah Raja, Tuanku, jika rakan seagamanya sanggup dia bunuh, apalagi kesetiaan yang dapat kita harapkan darinya. Lalu dinasihatkanlah pada Raja agar bunuh sahaja panglima setia tersebut kerana dikhuatiri dia akan menderhaka kepada Raja nanti. Maka berakhirlah riwayat panglima tadi. Lalu lahirlah peribahasa Melayu "YANG DIKENDUNG KECICIRAN YANG DIKEJAR TAK DAPAT".



Nampak cerita ini macam katun je, tapi jika kita lihat disekeliling kita, perkara ini sangat sering terjadi. Mari kita telusuri. Supervisor Melayu jarangnya akan menjaga kepentingan pekerja Melayu. Kalau boleh dia tekan akan dia tekan sampai lumat, demi menjaga tahap kesetiaannya pada bos nya, biasanya bangsa asing lah khanz, baru ROCK ! ! !. Mana best keje ngan Melayu. Tanya sahaja pada despetch apa kata mereka mengenai bos mereka. Tanya pada rakyat mengenai Menteri Besarnya, awwww banyak lagi lah ceta yang disabitkan dalam kehidupan seharian lu all. Ada mata lihat, lihat lihat dan fikir fikir.



Perkara ini terus berulang lagi dan lagi dan lagi. Wa rasa jika Panglima tersebut masih hidup, pasti dia menyesal menjadikan peristiwa pahit pengkhianatan agama, bangsa dan negara yang terpaksa dia kenang di hari tua. Tentu dia lebih gembira mengenang suatu yang indah khanz.



Scenario politik negara juga tak lari dari masalah yang sama. Wa rasa keletihan wa adalah disebabkan mengenangkan masalah ini. Bukan letih fizikal, tapi letih minda. Lu all boleh kata, bukan kita sorang yang kena, orang lain pon kena juga. Ye benar, tapi kalau mereka semua disumbat dalam longkang, lu all pon nak ikut ker? Hi hi hi wa rasa lu all mungkin nak ikut. Wa tak mo baby.



Orang Melayu ni wa rasa memang sangat berbudi bahasa. Jika tak puas hati, pendam sahaja. Tak apa lah ..... nak bersemuka takut kecik hati. Tapi forum belakang pentas bukan main rancak lagi. Kalau kita berdepan dengan orang muka tembok, tuan tuan dan puan puan, forum belakang pentas ni, depa tak heran wa cakap lu. Jadilah kita "MACAM ANJING MENYALAK BUKIT" Mereka pedulik haper.



Yang mereka pedulik bila kita tentang berdepan. Wa rasa langkah ini lebih best lah. Wa selalu bagi dua pilihan pada diri wa. Nak buat atau tak nak buat, jika nak buat ini jalannya, jika tak nak buat itu jalannya. Bila keputusan nak buat diambil, jangan toleh kebelakang lagi. 'ARANG LALU MELINTANG PATAH". Hui tok nenek kita ni pendekar agaknya. Lu lihatlah nasihat nasihat mereka ni.



Jadi tuan tuan dan puan puan kalau kita tak nak buat, kita patut diam sahaja lah, tok sah bagi alasan itu alasan ini. "HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH". Macam macam alasan kita beri demi memperlihatkan betapa benarnya tindakan kita. Namun, hakikatnya tuan tuan dan puan puan, orang yang dengar alasan kita tu bukan dari kalangan orang yang tak beraqal. Dalam diam mereka menganalisa siapa dan bagaimana sifat kita.

Maruah pon satu hal gak. Kerana maruah kita sanggup mati. Padahal, apa halnya dengan maruah itu jika kita hanya dapat pertahankan di depan, di belakang kita, semuanya lunyai. Lebih baik kita jaga maruah kita dengan memperbaiki kualiti dalam diri kita, hingga kita tak kisah, kot mana pon orang nak kata, akhirnya mereka yang mengata itu termalu sendiri kerana kita lebih baik dari apa yang mereka sangka.

Akhir kata, wa nak kata, marilah kita MENJADI MUSLIM YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MUSLIM YANG LAIN.

DAAAAA ! ! !

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ