Hari ini wa makan menu baru, ekceli, kat rumah wa ni hari hari boleh dikatakan kami makan menu baru. Bila kami pegi car boot sale, kami akan cari buku resepi, buku tebal hard cover 50 pence je. Ha kalau lu all nak tau gak, nama lain bagi pound adalah quid, jadi kalau orang kata kat lu 10 quid, maknanya 10 pound sterling lah ye
Minggu lepas, kami beli potato. 25 kg 2 quid. Seguni cik kiah, wa kata kat lu. Maka memang terpaksalah kami cari menu potato ni. Bak pon memang suka makan potato. Untuk makluman pihak tuan, wa tak tau apa nama resepi baru wife wa tu. Tapi sedap beb. Wa makan lepas balik dari kerja. Memang tengah lapo pon.
Malang sungguh buat lu all sebab wa terlupa untuk ambil gambo. Best gak tunjuk tunjuk kat lu all khanz. Kasi jeles gitew.
Minggu depan dikhabarkan sekolah anak wa akan ditutup selama 2 hari, iaitu Rabu dan Khamis. Alasan penutupannya dikeranakan guru besar dan guru guru kurang besarnya akan ikut mogok. Wa kurang pasti apa yang ingin mereka tuntut tu. Namun kat sini perkara sebegini memang sering terjadi. Begitu juga dengan pertukaran pemerintahan. Tak suka, lu siap, Bab meluahkan perasaan ni memang mereka ni handal lah. Kita pon handal juga, tapi biasanya, kita lebih handal menyimpan di depan, luah di belakang. Awww hebat youuu.
Seperkara lagi, harga barang kat sini semakin meningkat. Termasuk juga harga minyak. Jadi tuan tuan dan puan puan, fenomena kenaikan harga ini bukan hanya berlaku di Mayala sahaja, seluruh dunia merasa bahangnya. Hi hi hi tapi kalau ada orang Malaya nak turunkan harga minyak di Malaya, bagus tu, cuma jangan cakap sahaja, awwwww ! ! !
Bedanya puan puan dan tuan tuan, kat sini, harga barang boleh naik boleh turun. Kat Malaya kalau dah naik, tak turun turun. Eh sama ke kat Malaya kalau dah naik jadi presiden tak turun turun. Hi hi hi lucu
Pagi tadi doktor gigiku kata ada pesakit nak buat implant gigi 6 batang. Harga RM36k, awww boleh beli kete ... hi hi hi kenari kot. Kalau kat sini boleh beli mercedes E240 tahun 2003. Jauh sungguh kelencongan antara di Malaya dan di England ye
Mengapa harganya mahal sangat dek oiii? Sampai suatu ketika dahulu ada doktor perubatan kata harga implant di Malaya terlalu mahal. Dia pon boleh buat implant gigi tu, bukannya susah sangat khanz ! ! ! A ah benar gak tu kata dia, kalau bedah jantung pon dia boleh, apa lagi bedah gigi sahaja khanz ... kacang jek tu
Lalu nenek kawan wa pon ada kata, cucu aku beranak kat sepital bayo RM2000, mahal beno. Bidan kampong cuma bayo RM100 JERRRRR ! ! ! Bukan susah sangat. Membazir betul.
Lalu, wa pon terfikir, a ah yek, betul juga. Jadi cik Kiah, kesimpulannya, ini profesionalism baby. Kalau tak, tak kan lawyer cas RM30-RM150 untuk buat satu surat tuntut hutang bayo duit kereta lambat. Apa yang susahnya, copy paste, print, sign, dan pos. Hi hi hi awww wa tak mahu blog wa jadi medan pertempuran harga barang daaaa. Pleeeseeeeee, itu kerja Dato' Shahrir Abdul Samad lah, bukan wa, ok ! ! !. http://shahrirsamad.blogspot.com/2007/03/shahrir-blog.html
Daaaa ! ! !
No comments:
Post a Comment