Seperti dikatakan semalam, setelah berbincang ngan wife wa, maka kami mengambil keoutusan untuk membawa Aiman ke hospital kanak kanak. Lagi pon ia merupakan satu pengalaman bagi kami termasuk Aiman. Perasaan berdebar debar wa diredakan dengan mengingati bahawa sebelum ini Aiman berjaya melepasi tekanan operation ini dulu. Pertama ketika pembedahan soft palatenya, dan kedua ketika bersunat. Wa pon pernah melalui pembedahan membuang tahi lalat yang membesar di lengan kiri wa oleh Dr Ezam dulu
Kami sampai lebih kurang jam 7:10 pagi. Wa selalu nampak hospital ini, tapi wa tak tau bagaimana nak ke sini. Alhamdulillah, dari internet, wa dapat alamatnya, paling penting postcodenya, masukkan dalam tomtom, Insya Allah sampailah. http://www.bch.org.uk/ dan alamatnya Steelhouse Lane, Birmingham, West Midlands, B4 6NH
Banggunan di depan Birmingham Children Hospital. Banyak kereta patrol polis park kat sini. Mahal bayo parking kat sini. Jadi wa masuk dalam hospital, murah sikit. Kena bayo gak tuan tuan dan paun puan
Pintu masuk BCH. Cun khanz
Aiman dan mamanya
Jeng jeng jeng dah pakai baju OT
Inilah jari tangan kirinya yang luka tersebut
Dalam BCH ni semua signboard dan perhiasannya dibuat macam kat nursery
Lihatlah sign levatory nya
Pintu masuk BCH. Cun khanz
Aiman dan mamanya
Masa ni Aiman dah mula berdebar. Wa kata kat dia, inilah cobaan Allah swt. Kita kena redha. Kita dah usaha mengelak, namun ketetapan Allah pasti terjadi. Lagipon, kita diuji untuk meningkatkan keimanan kita. Masa wa kecil dulu, wa selalu kembalikan setiap kejadian ini dengan Allah swt. Bila kita redha, Insya Allah kita akan dapat menahan segala keperitan, Insya Allah
Masa ni tengah suspen dan takut. Tapi dia memang beraniJeng jeng jeng dah pakai baju OT
Inilah jari tangan kirinya yang luka tersebut
7 jam wa berada di hospital ini. Banyak benda yang wa lihat dan pelajari. Memang berbaloi wa datang ke sini. Mereka memang merawat pesakit mereka dengan baik sekali. 3 orang consultant memeriksa Aiman (anastesi, surgeon dan paediatrik).
Selain itu, Aiman dijaga oleh seorang jururawat khusus. Semua data Aiman di ambil. Dia juga meminta pakar diet memeriksa Aiman dan memberikan khidmat nasihat diet kerana Aiman dikategorikan sebagai obese (gemuk).
Selain itu, di hospital ini juga terdapat bahagian yang terdiri dari mereka yang menumpukan soal pelajaran. Ini kerana apabila kanak kanak datang rawatan di hospital, maka dia akan ketingalan dalam pelajaran di kelas. Wa rasa di USA, Canada, Australia, NZ dan Eropah ia adalah perkara biasa, namun bagi wa, inilah pertama kali wa lihat kerana wa belum pernah lagi melihatnya di Malaysia. Aiman diberikan sebuah laptop untuk dia melayari laman web pendidikan. Aiman diberi senarai web pendidikan ini dan boleh mengunakan internet sepanjang dia berada di hospital.
Jururawatnya juga very child friendly. Sempat gak wa mendalami bidang kerja porter patient ni. Depa ni semuanya memainkan peranan menenangkan pesakit. Mereka ni suka buat lawak, namun hanya Aiman yang ketawa, sebab wa tak dapat tangkap apa yang mereka kata, sayang sungguh ! ! !
Ada satu bilik untuk parents berehat. Kat dalam tu ada kerusi, meja makan, air panas, fridge yang dilengkapi kopi teh dan gula. Bagi mereka yang ingin membawa makanan, mereka boleh meletakkanya dalam fridge, tapi kena tulis nama. Jadi yang tak ada tu jangan lah ambil kepunyaan orang lain ye. Thak bhaek gitew
Oleh kerana lama, perut wa pon dah sangat laparnya. Maka wa turun ke restoran di bawah. Oleh kerana gaji wa kecil, belum mampu nak makan kat restoren, maka wife wa dengan ikhlasnya belanja wa makan, makanlah wa di situ dengan berseleranya.
Dalam BCH ni semua signboard dan perhiasannya dibuat macam kat nursery
Lihatlah sign levatory nya
Maka lengkaplah pengalaman Aiman hari ini. Lawatan ke operating theatre Birmingham Children Hospital. Sungguh ia pengalaman yang sangat baik. Sepatutnya hari ini Aiman pergi lawatan ke city centre ikut program sekolahnya.
Segala rawatan yang diberikan tersebut, FREE. Cuma wa kena bayo parking. Wa dengan rela hatinya membayar GBP8.00. Bagi wa, segala layanan yang diberikan jauh lebih berharga lagi. Thanks BCH. I'm happy with you
Ini bukti harga evian 2L GBP0.72. Selingan dan iklan
Semua foto dipetik dari hp wa, maka resolusinya tak tinggi. Wa mohon maaf, sebab lu all tak boleh nak buat wall paper, awwwwww perasan lah kejap. lu all pon buat buat keciwa lah ye
2 comments:
Yes, kat sana layanan hospital memang best. Tapi ubat le nak kena beli sendiri...
Tidak baby, everything free including ubat. Sampai nurse tu kata kat my wife, hari ni farmasi sangat baik hati agaknya, sebab bagi ubat banyak
Post a Comment