Road tax kereta wa mati hari ini. Kalau kat Malaysia kita bawa insuran ke pejabat post lah yang paling senang. Yang tak senangnya, kena gak bawa sekali insuran yang dah hidup, dan beratur panjanglah tuan tuan dan puan puan.
Kat sini pon masih lagi menggunakan cara kuno tersebut. Namun, wa tak guna cara itu, kerana, selain cara tersebut, ada juga menggunakan internet. Mungkin kat Malaya pon dah ada cara tersebut, wa pon tiadalah pengetahuan tentangnya. Jadi sebagai orang yang selalu efektif, wa guna cara yang tak payah nak keluar rumahlah khanz. Insurans pon beli guna internet.
Pertama wa dapat surat dari DVLA dua minggu sebelum road tax tamat, ni macam jabatan pengangkutan jalan di Malaya. Ada rujukan di situ. Jadi wa masukkan no rujukan tersebut dalam laman internet DVLA, semua data wa keluar, setelah itu mereka akan verify MOT (pemeriksaan kereta, macam puspakom, harap lu all masih ingat pelajaran lalu, kalau tak ingat, pelis ulangkaji ye), dan insuran wa secara online. Bila semua dah mantap, keluarlah page bayaran, ha bayo lah. Boleh bayo guna credit card, debit card atau paypal. GBP185, dah naik GBP5. Eii makin lama makin naik. Ikut ske dia je
Paypal pon boleh guna, cik Kiah. Paypal ni lah yang wa kata dulu tu. Ia adalah perantaraan bank kita dengan penerima bayaran. Ia membolehkan akaun kita tak dapat dilihat oleh si penerima bayaran. Wa dah dapat akaun paypal ni dan dah verify bank account minggu lepas, lega rasanya. Kat Malaya senang nak mohon perkhidmatan ini, cuma kat sini sukar bagi yang tak ada kerja, sebab kena buka akaun bank dulu. Sengsara gak kalau nak buka akaun kalau tak keje you.
Memula, masa wa buat bayaran, tergamam gak wa, sebab mereka kata, road tax akan diterima dalam masa 5 hari bekerja. Wa buat bayaran hari Khamis, 27 Mac 08. Maknanya tak sempatlah wa terima sebelum road tu tamat tempohnya. Maka tak berjalanlah kereta wa tersebut. Tapi tuan tuan dan puan puan, Hari Sabtu 29 Mac 08, wa terima road tax tu. Ha inilah yang wa respek sangat kat sini, mereka selalu menepati janji, malah kebiasaannya, jauh lebih awal dari apa yang mereka jangkakan. Wa pasti lu all masih ingat mengenai permohonan bank akaun wa suatu ketika dahulu
Hari ini adalah hari kelahiran adik wa yang no 3. Kalau wa lihat Y2K Jericho dalam WWE RAW, wa akan ingat dia. Kat sini kalau nak lihat WWE ni kena layari youtube, sebab cable tv wa tu semua yang free je. Idok le wa nak membazir duit yang sedikit ini untuk subscribe saluran sukan tu. Adik wa ni memang bertanggungjawab. Sejak dari kecik lagi dah nampak sifat tanggungjawabnya. Itulah hasil dari didikan kedua orang tua wa. Biasanya kalau birthday kami, dia lah orang pertama mengucapkannya tepat jam 12:01 AM. Namun kerana perbedaan waktu antara Malaya dan Eropah, wa terlambat ucap you. Tapi wa ucap jam 4:30 AM pagi tadi you. Pagi tu, awwwww.
Yeop, wa keje hari ni. Tepat jam 5:45 pagi kawan wa datang ambik di depan rumah. Semalam kami di UK ni telah mempercepatkan 1 jam pada waktu tempatan. Maka orang Asia ni terutama yang baru akan keliru lah. Jam 4:50 pagi kawan wa telepon, dia kata, wa tak keje ke? Wa kata kenapa? dia kata kita dah lambat ni, dah jam 5:50AM. Ei kawan wa ni memang nak cepat je. Orang buat PhD 3 tahun setenagh, dia nak buat 2 tahun setengah. Orang cepatkan jarum jam 1 angka, dia cepatkan 2 jam. Haru kami semua dibuatnya.
Lepas sholat subuh, wa dapat skype dari kawan wa, doktor pakar family medicine, USM. Ha ni satu lagi teknologi yang memudahkan kehidupan kita. Skype ni macam Yahoo messenger, boleh gak buat panggilan telepon antara dua komputer yang ada internet. Dapat lihat muka lagi, tentunya kalau ada webcam. Ai banyak term teknologi wa guna ni, ada gak pening mak cik makcik tu membacanya, hi hi hi layanz. Bagi yang tak tau tu, ambil tau lah perkembangan teknologi ni ye makcik makcik dan pakcik pakcik yang berada di seluruh dunia sekalian.
Dia kata, dia nak ke Venice malam ni, transit di Amsterdam. Ni adalah kelemahan kawan wa ni. Dah last minit baru nak bagitau. Namun wa ucapkan terima kasih gak lah pada dia, sebab dia bagitau. Kalau tak bagitau tu lagi naya. Dia ni best friend wa masa di MRSM dulu, kekal hingga kini. Kerjo dio berjalan luar negori yo. Seminar sana, konferen sini, meeting sana, meeting sini. Hai melepas laie den nak jumpo dio kali ini. Hi hi hi, lalu dio bagitau den, dio nak datang laie bulan Jun nanti, sabatical study 6 bulan di Sweden. Haaa bagus bona lah tu. Dapek gak den poie Sweden. Insya Allah.
Dia tanya tak payah bawa jaket tebal tak apa ke? Wa tanya dia berapa suhunya? Kat sini, faktor angin juga nak kena ambil kira. Suhu 8 derajat celsius, belum tentu rasanya 8, kalau ada angin kengkadang boleh mencecah 1 derajat celsius bang. Wa suggest kat dia, bawa jaket yang kalis hujan, mana tau, hujan kat pulau UK ni tak menentu. Wa rasa kat negeri bagian Venice tu pon sama gak keadaannya.
Wa tanya dia pasal keadaan politik semasa di Malaya. Haa bagus sangat soalan tu, apa lagi kena lecture lah wa. Kah kah kah. Wa harap dia akan jadi pemimpin Rakyat Malaya suatu hari nanti. Dia kata dia hensem, awwwwwwww ! ! ! wa tak mo komen ok.
Suatu ketika dahulu, wa pernah nak jual mineral water dari Malaya di UK ni. Namun, harga mineral water di UK ni murah. Evian 2L, GBP0.76, di coop mart. (2L ye bukan 1 L). Coop mart ni kira mahallah. Kalau kat kedai pak Paki, lagi murah. Wa rasa tak boleh nega lah kalau macam ni. Bayangkan berapa harga mineral water yang tak ada brand.
Maghrib masuk jam 7:41 petang. Sekarang 7:23PM. Keadaan di luar masih terang. Wa masih ingat lagi, waktu winter dulu, 4 petang dam malam. Nak kena tune balik siang panjang sekarang ni.
Long garden rumah wa dan rumah jiran wa. Rumah jiran wa ni cantek je. Kalau lu all masih ingat, pencuri yang masuk ke rumah jiran wa ni, masuk melalui satu lubang di belakang garden dia ni. Anak wa kata, kat rumah wa pon ada lubang gak.