Line putih tu tempat car booter park kereta mereka. Saat ini, dah ramai yang meninggalkan kawasan ini. Sejuk giler.
Wa pon dah start pack barang wa. Tapi nasib baik teringat nak ambil gambo. Bak post depan karipap
Ni antara pelanggan terakhir wa sebelum kami beredar dalam jam 10:45 pagi
Masa wa dah nak pack, wa lihat 2 keluarga Malaya (kawan wa) sampai. Lepas tu wa balik rumah. Ada gak booter yang tinggalkan sahaja barangan mereka. Memang biasalah, kalau kita pergi waktu nak akhir akhir kita akan selalu dapat barangan free. Tapi kalau nak barangan yang baik, datang cepatlah ye tuan tuan dan puan puan. Bak beli serumpun barangan macam ni, GBP2. Memula wa nak jual balik hari ini, tapi bila dah balik, dan dicuci icuci, eh lawa pulak. Kasut adidas, la coste, crocodile, macam baru gitew.
Ha wa teringat sesuatu, sekarang ni kilang Bally di Norwich (baca Norich) dah tutup ye Dato dato dan datin datin sekalian. Maka ia bukan lagi jadi tumpuan pembeli terkenal Malaya. Dulu ada 4 kedai jual kasut Bally ni di sepanjang Oxford Street London. Kini, tiada satu pon kedai itu beroperasi lagi, dah tutup lah tu cik Kiah. Bulan Dec lalu, kawan wa, Dato' MZ, pon puas mencari sepanjang Oxford Street London. Tak jumpa. Dia datang ngan family dia. Nginap di rumah wa. Hui bestlah masa Dato dan datin ada kat rumah wa. Hi hi hi, bila nak datang lagi? Kat Eropah ni, yang mahalnya tempat nginap dan makanan. Kalau dua benda ni dapat kautim, lega bona rasonyo.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, cuaca berubah jadi cerah dan matahari bersinar seolah tiada apa apa berlaku sebelum itu. Sebab itu wa pernah kata dulu, cuaca di UK ini unexpected.
Sesampai wa ke rumah, turun lagi salji. Maka kami yang jarang melihat salji ini pon duduklah di tingkap melihat keluar. Sepoi angin sejuk menerobos masuk menerusi celah tingkap yang getahnya tak bergetah lagi. Tingkap kat sini double glaze. Ada ruang udara yang trap udara di tengah antara dua cermin tu. Jadi kuranglah sikit sojuknya. Kalau rumah yang single glaze ni murahlah sikit sewanya. Tapi bil api dan gas naik lah pulak, sebab pakai banyak. Lagi pon rumah yang double glaze ni relatifnya rumah baru dan di kawasan yang agak kaw kaw punya. Haa lu all pilih lah nak duduk kawasan kaw kaw, sewa mahal, atau nak duduk kaw yang tak kaw kaw, tapi sewa murah. Wa dah jenuh mikior, lebih baik lah wa duduk di kawasan kaw kaw. Lu all wa tak tau lah khanz. Tapi wa dah bagi hint ni.
Hari ini, salji turun sejak jam 5 pagi. Agak tebal. Bolehlah bergambar lagi.
Ini kereta wa
Dulu, bila wa pergi mencuci kereta, SNOW WASH you. Mereka akan pancut buih kat atas kereta, bila dah putih kereta tu, wa pon bayangkan macam snow. Beranganlah. Lu all pon boleh berangan macam tu. Mana tau lu, angan lu akan menjadi realiti. Ha jangan lupa berangan ye.
Ini pula kereta isteri jiran wa
Bercerita tentang jiran wa pula. Mereka ni wa rasa jiran yang baik. beberapa hari nan lalu, alarm rumah wa berbunyi. Masa tu wa tiada di rumah. Yang ada hanyalah Mak, Madeehah, Aiman dan Anas. Maka Mak pon panggillah jiran wa ni. Dia cuba atasi tapi tak berjaya, namun dia tunggu hingga wa pulang ke rumah dan ceritakan apa yang telah cuba dia lakukan. Agen sewa wa akhirnya panggil engineer dia (engineer you) tutup alarm tu. Wa pon tak tau sebabnya alarm tu berbunyi
Khamis lalu, rumah jiran wa dimasuki pencuri. Dia kehilangan laptop dan 2 botol susu segar. Dia datang rumah wa beritahu kejadian dan suruh berhati hati. Pertama kali dalam dairy wa selama wa berada di UK ni wa rasa kurang aman.
Malam tadi wa ke rumah sorang Ustaz, kenalan wa yang tinggal berhampiran. Wa beritahu kejadian. Dia kata pagar dengan ayat Quran. Wa just tanya, boleh tak kita pagarkan rumah jiran kita sekali, tapi dia christian? hi hi hi idok le kata ustaz tu sebab dalam rumah dia ada salib dan kepercayaan lain. ooooo gitew ... wa mengangguk
Bapa sedara sepupu wa datang London hari ini, tiba jam 5 petang. Mak mertua adik ipo wa pon ada di London, semalam sampai. Dia ada mesyuarat di Islamic Relief. Setahun 4 kali dia mesyuarat di sini. Mak dan Bak nak ke Preston lagi esok. Tiket beli online. Senang khanz. Ni musim cuti. Maka hampir semua kawan wa berjalan jauh, ada yang keutara, ada yang ke selatan. Wa ... pound tak cukup lagi. maka wa di Birmingham je lah. Lagi pon cuaca tak berapa elok. Cuma Insya Allah wa nak ke Warwick Castle (sebut Warik). Dekat je dari Birmingham, 27 minit.
3 comments:
hi ,
berjual ke pulak...kem salam kat Mai.. MISAH
bang, pago rumah takat gantung ayat tak jadi. suruh neibor tu pakai alarm ke, mangga tebal ke baru selamat.
HJH MISAH, salam telah disampaikan. Bila pula nak bersalam di Bumi Birmingham ini?
Yang Mulia Dicken, rumah kami ada alarm pencuri dan alarm api terbako. Cuma nak pasang cctv je tak mampu awwww ! ! !
Post a Comment