Sebelum ke rumah BIL wa, kami ke rumah warden Malaysia Hall, Pak Ya. Rupanya dia kawan baik bak. Lama dah tak jumpa, rasanya dah 40 tahun kot. Riuh rendahlah rumah dia. Memula wa ingat tak nak ikut ke rumah dia, tapi alang alang dah ke London, singgah sahaja lah. Pak Ya baru operation
Tahun 2001 dulu wa nginap di Berjaya Eden Queensway, London. Tak jauh lah dari Malaysia Hall ni. Kat basement Malaysia Hall ada kantin, ramai gak orang kat situ. Tapi tak bertego sapa lah, hi hi hi
Perjalanan dari Birmingham ke London 1 jam 45 minit sahaja, tapi jem sikit kat Birmingham, jadi kami sampai lambat. Lepas tu kami terus ke Egham.
Tido sekejap, pagi esoknya, wa ke Heathrow ambil BIL and his family. Banyaklah kami dapat anugerah barangan dari Malaysia. hi hi hi terima kasih pada semua, moga Allah balas seikhlas hati yang memberi
Lebih kurang 11 pagi, kami bertolak ke London. Atas nasihat, kami tinggal kereta di station keretapi, dan ke London naik tube. Daily pass GBP7 seorang. Sampai London, 2 jam beb, macam nak balik Birmingham. 3 tube tuko, tak ada direct sebab ada maintenance in progress. Bagusnya anak anak wa dapat pengalaman naik tube. Tak bagusnya buang masa. Tapi kalau nak naik kereta pon buang masa gak nak cari parking. Tiket daily pass ni senang lah tak payah beli banyak tiket. Satu untuk semua tube termasuk express Heathrow - Paddington. Laluan ini lah kami ambil sebagai alternatif ke London
Kat London, tak banyak berubah lah. Tempat tu masih segar dalam ingatan pada 2001 dulu. Jadi trip kali ni wa dah tau mana nak ambil gambo. Kami bawa anak anak wa naik London Eye. Beli Merlin annual pass keluarga GBP330. Kad ni boleh masuk 10 attraction unlimited sepanjang setahun. Antaranya Madam Tusod (ejaannya jangan jadi teladan), Warwick castle, London Eye, Legoland dan 6 tempat lagi wa tak ingat.
Kat atas London Eye, wa dah tau apa ada kat situ apa rasa kat atas tu, jadi kali ni wa ambil gambo anak anak wa sebanyak mungkin. Hari ni hujan agak lebat, angik kuat, menjadikan suhu sangat dingin. Badan dah tak sedap, waktu asar pon dah nak dekat, maka kami balik.
Keesokannya kami ke Windsor Castle. .Beso beb Istana QE ni. Ah malas nak ceta lah. lu all lihat gambo je lah.
Mak Bak dan Dol balik ke Birmingham terus dari sini sebab Dol nak balik ke Preston pulak. Kami balik ke rumah my BIL. Lepas lunch, jam 3 petang kami balik ke Birmingham. Esoknya pulak wa bawa krew RTM yang buat liputan All Englad ke Manchester, Liverpool dan London. bertolak dari Birmingham jam 9 pagi dan wa sampai rumah semula jam 2:30 pagi setelah menghantar mereka ke London. Wa drive sorang beb dari London ke Birmingham. Alhamdulillah Allah selamatkan wa. Dalam hati tak lupa mengucap.
Sempat gak wa jual nasi lemak dan nasi tomato kepada mereka.
No comments:
Post a Comment