Semalam wa tak hantar anak anak wa ke sekolah. Sebab wa lihat kalender sekolah kata 20th Mar school closes. Jadi wa rasa lega sangat. Balik keje boleh lepak lama sikit, mandi, sarapan dan hantar wife wa ke universiti.
10 pagi kawan wa minta teman dia buat MOT untuk kereta beliau. MOT ni macam PUSPAKOM lah. Bagus MOT ni. Cuma, kawan wa kata PUSPAKOM ni bagus, tapi banyak sangat rasuah. Awwwww lu all tak terkedu ke. Sebenarnya kat Malaya tu semua perkara bagus, yang tak bagusnya pelaksanaannya. Lu all tak pelik ke? Kalau lu all tak pelik, wa jadi pelik
Siap je MOT teman wa, wa dapat call dari sekolah anak anak wa. Secretary sekolah tanya wa, I'm afraid I didn't see any of your childern in school today. (lebih kurang lah begitu. Ada gak yang baca blog wa sarankan wa masuk kelas English. Thanks pals. Wife wa suruh pegi masuk je kelas free di unibesti tu, yang wa takut ni ia free untuk student, bukan untuk bukan student)
Lencong lencong .. tak sah kalau tak lencong. masalahnya idea tu datang bertubi tubi, kalau wa tak lencong wa khuatiri, wa akan lupa. Maklumlah khanz, kalau nak masuk kelab MELAYU, mesti jadi pelupa. Kalau tak, tak sesuailah istilah MELAYU MUDAH LUPA.
Eiii jauh sangatlah melencong mak ngah. Wa pon terperanjat. Wa kata, wa baca kalender kata sekolah cuit hari ni. Dia jawab, I understand your situation, as you are not the only one who think that way. It would be very greatful if you can send your childrens to the school today. But if you can't that's fine. Please try your best.
Hi hi hi maka wa pon teleponlah bak kat rumah minta tolong siapkan mereka sebab wa nak hantar mereka ke sekolah. Sampai kat sekolah mereka sangat suka sebab wa hantar anak anak wa ke sekolah. Ha ha ha kadang kadang orang tua pon suka kena puji ni. lu tak suka ke? lu tipu. sebab itu lumrah manusia. Cuma memang kita kena selalu berhati hatilah bila ada orang puji kita.
Jualan wa hari ni, meletop. Wa dapat lebih collection. Mungkin siapa yang tak bayo sebelum ni, bayo sebab mereka dah nak cuti, takut lupa lak. Thanks lah Bros dan siss. Heh heh heh
Wa ada kenal seorang Journalist Mesir. Satu ketika, dia tanya wa, wa baca Quran tak. Wa kata , at least sekali seminggu. Dia tanya, wa faham Arabic? Wa kata eh idok le. Sikit sikit boleh lah. Dia kata, lebih baik wa boleh. Dia offer wa untuk ajar wa basic Arab. Dia kata senang je. Kalau berguru memang senang. Fuhh bersungguh sungguh dia mengajar wa. Tapi dia dah nak balik Mesir minggu depan. Dia ikuti kursus pendek 4 bulan di Universiti Birmingham. Semua negara Islam ada hantar wakil, termasuk 2-3 orang Malaya, cuma wa tak pernah jumpa orang Malaya ni di surau unibersiti. Diberitakan orang Malaya ni dari special branch. Ada juga PA Presiden Bangladesh dan ahli Perlimen Kenya. Wa jumpa semua mereka di surau
Ha berkata tentang ahli parlimen, wa ingat seseorang. Kawan wa jadi Menteri wa cakap lu. Hi hi hi keterlaluan lah tu. Bukan kawan lah, orang terdekat dia kawan wa. DSAS ni wa dah tau lama dulu, waktu dia bersama parti KUNCI. Tak silap wa, dia pernah datang rumah wa di ENDAU JOHOR.
Suatu ketika dulu, sewaktu wa sedang bertalipon, wa ada kata kat kawan wa wa nak jumpa DSAS, kawan wa kata, hah ambik ni, cakap ngan dia sendiri. DSAS sambut, hah ada apa? whoih terkojut wa dengar suara garau macho dia. Wa mana bersedia, kertas projek pon wa tak ada lagi. Wa kata kat beliau, eh Dato' saya tak ada apa nak kata lah, cuma, Dato' Melayu terakhir, wah kah kah, gelabah sungguh.
Jangan salah sangka ye tuan tuan dan puan puan, DSAS bukan jenis bagi projek punya. Kim salamlah kalau nak minta tolong untuk peribadi. Kalau rakyat marhain ok. Jadi tak salah lah kalau wa kata dia Melayu terakhir, awwwwwwww ! ! ! Bilalah Perdana Menteri nak berasal dari JOHOR. Dah lama JOHOR asik boei kek orang yo. Eh JOHOR ni tak ada karisma ke? We want JOHOR! We want JOHOR!. Eh wa dengo lagi, ada sorang lagi warga JOHOR yang sedang naik. Sori yek bukan Hj G, tapi KN. Kalau tak silap wa dia ni pon anak didik DSAS. Hebat gak Johor ni. Bangga gak wa jadi anak Johor, tapi wa tak sker lah duduk Johor. Wa rasa macam lambat saja. Kenapa ye? Oh ye juga, kalau kita naik Ferarri, tapi driver dia nak bawa slow, bukan salah Ferarri tak laju lah khanz. Tak gitu keneh.
Lari pula ke Kelantan, Tuan Guru NA ni wa respek. Suatu ketika dahulu, masa wa di Bandung, TGNA datang ke Bandung ikut rombongan Sultan Al Kelantani. Wa masa tu Ketua Penerangan Kelab UMNO Bandung. Wa mohon nak ikut perjumpaan TGNA dengan pelajar Kelantan. Sungguh, wa tak tipu, dia berkata guna ayat Al Quran, bahagian mana dalam Al Quran yang lu all nak sangkal?
Menteri India lepas jawatan, ahli suruh sambung balik, menteri cina lepas jawatan ahli suruh sambung balik, namun ada gak menteri melayu lepas jawatan, tak ada ahli suruh sambung balik. Jika ini adalah strategi, maka strategi tersebut sungguh merugikan lah, kah kah kah. Kalau memang dia letak jawatan ikhlas memang nak bertanggungjawab, contoh yang bagus tu. Baru professional khanz. Tapi kalau sebaliknya, bagus gak tu, senang sikit keje orang lain. Budaya mengampu ni memang budaya Melayu lah khanz. lagi pon, kalau orang dah tak endok, nak buat apa pegang lagi jawatan tu.
Keputusan pilihanraya dah diketahui. Hasilnya kita dah lihat sekarang. Ada baiknya ada kurangnya. Biasalah khanz. Segala yang berlaku ini ada hikmahnya. Tapi tiada hikmah yang akan benar benar jadi hikmah, jika kita tak mahu ambil hikmah. Tapi bagaimana kita boleh mahu ambil hikmah jika kita tak ada ilmu tentang hikmah. Wah, ni yang wa malas nak cerita politik ni.
Wa nak sholat Jumaat lah. Daaaaaa !
No comments:
Post a Comment