Khamis lalu wa dapat surat mengatakan wa bekerja di South Birmmingham College. Dengan itu, wa telepon jobcentreplus untuk memohon National Insurance Number. Terus dapat appointment untuk interview pada hari ini
Sebelum wa berangkat ke tempat temuduga, wa dapat satu surat, dari NHS. Wa telah dipanggil temuduga untuk jawatan porter yang wa ceta pada catatan lalu. Alhamdulillah. Tarikhnya pada 3 April jam 2:35 ptg.
Inilah jobcentreplus tu. Wa dilayan dengan sangat profesional sejak melangkah kaki di pintu masuk kat depan tu.
Pergilah wa ke temuduga tersebut. Wa takut juga. Inilah pertama kali wa ditemuduga semula. Kali pertama 11 tahun lalu sewaktu wa nak daftar kerja. Wa berdoa memohon pertolongan Allah agar semuanya lancar.
Ya Allah aku pergi ini adalah untuk mencari rezeki halal Ya Allah, untuk menyara diri dan keluarga aku serta kedua orang tua ku Ya Allah, untuk mendapat keredhaan Mu Ya Allah. Ya Allah aku lemah Ya Allah, mudahkanlah segala urusanku, selamatkanlah kami dari kejahatan manusia dan jin dan selamatkan kami dari tipu daya syaitan dan iblis.
Wa baca Allah humma Rabbi Yassir hingga habis, Al Fatihah dan Ayat Qursi. Inilah juga doa wa setiap kali wa menghantar makanan ke surau universiti. Wa benar benar mengharap pertolongan Allah swt.
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Insya Allah 2 minggu lagi wa dapat nombor NI ni. Banyak benda boleh wa lakukan dengan adanya NI number. Nak buka bisnis pon kena ada NI number.
NHS pula, kerja kerajaan. Sama macam kerja dengan city council. Kadang kadang ada bonus pada awal tahun.
Petang tu, wa singgah kat satu rumah sewa ni. Anak anak wa berlari terus ke taman, yelah khanz dah berbulan tak pegi taman.
Memula deal dengan agen, muka macam Paki, tapi dia kata "I'm British" ahaks, dalam qalbu wa berkata, tak nampak pon. Dia ni strict giler. Wa bukan suka sangat dengan orang yang strict sangat ni. Ala, peraturan manusia yang buat, kalau namanya manusia, pasti boleh di"oter". Tak boleh kot ni, kita buat kot tu. Sewa GBP695 tak boleh tawar. Ei rimas I dibuatnya, you, tak kose ! ! !
Lalu wa pon blah ke Latif, (Mydin, cik Kiah). Dah lama gak wa tak ke sini. Tak ada beli apa, hanya selimut Maisarah dan mama dia sahaja. Murah. Dalam perjalanan junuh mikir, apa kelebihan rumah tu berbanding rumah wa sekarang ni. Ternyata rumah tu kelebihannya dari segi jaraknya ke sekolah anak anak wa, ada taman lagi, hi hi hi. Beso sama, cuma kekurangannya unfurnished, dapur kecik, bilik air satu kat atas.
Balik dari Latif, wa singgah lagi kat rumah tu, owner dia ada. Tadi pon owner dia ada, tapi agent tu tak kasi wa deal ngan owner. Hah apa lagi, macam macam ayat wa keluar. Owner tu tanya berapa agent tu bagi wa, dia pulak kata mahal, tak payah lah deal dengan agent tu. awwww ! ! ! Esok dia akan telepon wa, bagitau sewa berapa. Dia kata memang dia nak tambah satu bilik air (boleh mandi) kat bawah dan besarkan dapur tu.
Harap dia tak tipu wa. Masalahnya kalau wa nak keluar dari rumah wa sekarang ni, wa breach contract. Bukan hanya dia tak bayar deposit, malah wa pulak kena cari pengganti. Naya. Apa apa pon, kita tunggu lah ilham ye. Insya Allah dapat yang terbaik.
Taman depan rumah
Master bed room
Living
Dining
Lepas maghrib, wa mengumpul barang car boot sale lagi. Kali ni tv sharp 14 inchi dan video player. Kedua duanya elok lagi. Tapi bagi wa dah outdated lah. Lu all nak tau tak, kat car boot sale masih ada lagi mat salleh beli video kaset yang gedabak tu. Haa maknanya pasaran untuk video player ni masih ada you.
Lepas ni kalau wa jadi pindah, maka wa akan jadi makin aktif di freecycle lah gamoknya. Terpaksalah pulak memenuhkan rumah kosong itew.
Eh dah 1:30 pagi, esok cuaca diramalkan elok, maka wa nak pegi keje lah. Ke Bassetts Pole kita. Daaaaa ! ! !
No comments:
Post a Comment