Saturday, 29 March 2008

Pelik

Semalam wa kata nak cari ilham mengenai rumah sewa baru, wa dah dapat ilham tu, Alhamdulillah. Kadang kadang apa yang kita suka itu belum tentu yang terbaik untuk kita. Wa sangat yakin dengan ilham ini, kerana ia adalah janji Allah kepada setiap hanbaNya. Adalah suatu yang merugikan bagi anak Adam yang ingin membuat suatu keputusan tanpa SHOLAT ISTIKHARAH. Lu buat, Insya Allah lu akan diberi panduan. Ada ketikanya, ia sekelip mata, ada kalanya ia memakan masa bertahun tahun untuk kita mengetahuinya. Wa tak jadi pindah ! ! !




Dalam kehidupan kita ada banyak perkara yang akan terjadi kepada kita, ada yang besar ada yang kecil. Masalah perkahwinan adalah suatu yang besar dalam kehidupan hamba Allah. Kerana tanggunjawabnya sangat besar. Tahniah kepada mereka yang sanggup menanggung tanggungjawab tersebut. Kerana tak semua orang sanggup memikulnya.




Ada beribu ribu alasan untuk tidak berkahwin, ada beribu alasan juga untuk berkahwin. Lebih ribu ribu lagi alasan untuk berpisah. Keputusan yang berat ini sebaiknyalah didahului dengan mendapat panduan. Dan panduan yang terbaik dan tak pernah silap adalah ilham dari Allah swt




Dalam mengakhiri alam perkahwinan, jika kita dahulunya tidak sempat memulakannya dengan ISTIKHARAH, maka sekurang kurangnya akhirinyalah dengan ISTIKHARAH. Wa tak pernah terfikir ia akan terjadi, namun ia telah pon memasuki fasa yang tak boleh di undur lagi. Kawan wa membuat keputusan yang sangat memeranjatkan kami semua, si isteri memohon CERAI dari suami dan anak anak nya. Maknanya dia tak perlu lagi suami dan anak anaknya



Itu adalah masalah mereka, wa tak mau campur, cuma, wa sebak. Wa sungguh tak menyangka. Wa terbayang wajah 3 orang anak anak mereka yang masih kecil. Wa selalu dengar kisah lelaki kawin dua, atau lelaki ceraikan isteri, namun kes isteri minta cerai ini, wa jarang ambil tau, kerana ia adalah langka.




Seorang wanita jarang menidakkan anak anak yang mereka kandungi. Mereka memiliki kekuatan untuk menerima kekurangan orang lain melebihi apa yang boleh diterima oleh lelaki. Namun, wa tak tau mengapa ada ketikanya mereka boleh melupakan semuanya.


2 comments:

Anonymous said...

Nice story. Now ok lagi. Nanti mid summer maghrib pukul 9 and isyak pukul 12. Subuh lak kul 2, syuruk pkl 4. Selamat la lu....SJ

Dentist and Me said...

sebelum ini wa banyak kali jumpa waktu Isyak jam 12 dan subuh jam 2 pagi, namun kedatangan wa hanyalah sesekali sahaja. Kali ini wa kena hadapi keadaan ini lebih 4 bulan rasanya. Harap wa akan ok.

sekarang ni pon dah nak bercelaru. tapi still ok lah Isyak jam 9:40 mlm dan subuh 4 pagi. Awww wish me ok

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ