Tuesday, 25 March 2008

Nottingham

Wa hantar Mak dan Bak ke Preston semalam naik Virgin Train. Cantik kereta api ni. Selesa pulak tu. Tambang mahal sikitlah dari bas. Bas ni kalau kena waktu sesuai GBP1 je cik Kiah. Anyway, brothers and sisters, you also can have a cheap train tickets if you buy the tickets way ahead before your journey. In this case, you need a neat plan. The same goes on plane tickets. Unbelieveable I tell you. But you have to believe it, if not, I think I can't believe you

We plan to go Warwick Castle after sending Mak and Bak to the train station. But .. the weather was not good. Wintery shower. Jadi kami redhooo je duduk kat dalam rumah. Tiba tiba, wife wa bagi idea nak pegi rumah kawan di NOTTINGHAM. Ala tempat asal Robin Hood. Ada Sherwood Forrest, ada Nottingham castle dan banyak lagi lah.




Pemandangan di dalam perjalanan ke Nottingham. Rumput dia hijau mengancam you. Banyak bukit bukau sejauh mata memandang


Maka kami pon bertolak ke sana. 1 jam perjalanan. Terkadang ada snow turun, kadang lebat kadang cool je snow tu turun. Trafik agak heavy, banyak caravan atas motorway. Wa rasa memang Nottingham ni tempat menarik untuk bercamping dan sesedara dengannya. Memang pemandangannya agak menarik. Rumah banglow sebijik atau dua diselang seli bukit bukau dan padang rumput hijau menawan yang luas, ada biri biri, ada kuda yang berbaju, dan tak berbaju. Eh tak sejuk ke kuda kuda tu.


Wa drive tak laju, 70-80 mph je, lebih kurang 120-130 kmph, ooopsss tak perasan lah baby, wa terkadang masih lagi ingat wa bawa 80 kmph je. Kat sini mereka guna mph. Jadi wa rasa macam tak laju. Eiii bahaya cik Kiah. Alhamdulillah wa selamat. Tapi kan cik Kiah, kalau wa bawa slow di atas motorway, lori akan hon wa atau tak pon depa akan flesh light. Oi lagi wa gelabah

Perjalanannya tak le jauh sangat, Namun wa sempat gak lah mengantuk. Bukan pasal apa, penatlah baby. Wa rasa penat keje mencuci tandas tu tak habis habis lagi. Tu dah makan arcoxia tu.


Masa awal bertolak, minyak dah kat paras merah. Wa jalan terus je. Kat Birmingham harga minyak GBP105 -107 pergelen. Sampai di Nottingham, wa lihat Shell jual GBP103 per gelen. Hi hi hi jimat jimat. Pada hal 2 pence sahaja. Begitulah kehidupan orang tak banyak duit di UK ni. Huk huk huk maknanya, kalau nak sesuatu tu tak bolehlah nak jam tu gak. Kena buat analisis berminggu minggu lamanya, awwwww sakit ! ! ! Eh idok le teman. Wa ceta je, tapi mungkin juga ada kebenarannya

Rumah kawan ni kat area white. Jadi bersihlah kawasannya. Peaceful je. Dekat dengan uni Nottingham. Sewa pon tak lah murah gitew. 2 bilik unfurnish GBP450. Menurutnya kalau di area abang Paki, dia boleh dapat rumah 5 bilik dengan ssewa sebegitu. Cuma jauh dari Uni.





Ini adalah taman permainan dalam universiti of Nottingham



Yaa Ampun tuan tuan dan puan puan, sejuknya, sakit jari wa, tapi belum sampai tahap sakit telinga. Buka sahaja pintu terbau masakan Malaya. Apa lagi, makan, kari ikan tenggiri. Kat sini rupanya nama dia King Fish. Patutla wa tak jumpa tenggiri kat Birmingham, sebab wa tak tau apa nama dia. Tapi khanz, bukan senang nak makan ikan kat sini. Kena ada pound lebih baru boleh nak rapat kat fisherman stall. Wa berazam untuk bekerja keras sikit lagi agar ia bukan lagi menjadi penghalang untuk kami makan ikan di UK ni. Awww ! ! !

Kebanyakan rakyat Malaya yang nak tambang murah kapal terbang, akan ke East Midlands Airport. Kat sini pilihan negara tujuan jauh lebih banyak dari di Birmingham International Airport. 50p per trip pon ada you. Cuma airport tax je mahal.

Dulu back in 2001 masa wa melawat SN di Bristol, wa dibawa ke Swindon factory outlet. Rupanya dia ada chain of factory outlet seluruh UK and Eire. Salah satunya kat Nottingham ni lah. Dulu wa pergi Cheshire Oak dengan Dol. Rupa tempat ni sama sahaja. Namun wa lebih suka di sini, sebab banyak kedai, dan store arrangement nya agak menarik hingga kita tak rasa penat berjalan. Ha ni penting untuk mereka yang nak design factory outlet ye, buat tempat tu nampak macam kecik, walaupon beso. Swindon kalau tak silap wa indoor.







East Midlands Designer Outlet. Khemah kat depan tu boleh memuatkan 12 orang, kira ada 4 bilik lah



Masa wa ke factory outlet di Pittsburgh USA dulu, memang wa rasa penat berjalan, nasib baik barang kat situ memang sangat murah, jadi tak rasa lah penat tu. Lepas satu satu murah. Siap je la paman sam. Kalau kat Malaya please janganlah buat macam ni. PELUH you. Eh, kat Bandung ada satu factory outlet yang sangat berjaya, RUMAH MODE. Mengapa kat Malaya tak ada satu factory outlet yang menarik ye. Menarik ni didefinasikan sebagai harga murah dengan suasana membeli yang kelas gitew, ye keonglomerat semua. Kalau menarik tapi harga mahal, wa yakin lu bungkus. Sebab tak sesuai dengan nama factory outlet. Kalau nak mahal lebih baik lu buat untuk celebrity butique. Memang sah mahal


Hi hi hi jauh lencong cik Kiah. Wife wa beli periuk nasi tefal dan set of tefal pans. Memula wa terkejut gak, alamak banyaknya, namun setelah dia definasikan beliannya itu untuk keperluan perniagaan nasi wa yang , ehem dah semakin bagus ni, maka wa terlihatlah bahawa wang untuk belian tu datangnya dari bisnis, awww, ok lah. Wa pon cool down gitew.


Ha ..... lainnn, tuan tuan dan puan puan, kalau kita belanja guna duit bisnis ni. You know why? Sebab duit yang kita belanja tu, Insya Allah akan datang semula kepada kita. Kalau lu all tak faham, lu duduk senyap senyap, dan pikior kembali, slow and steady.

Nak lencong kejap. Maisarah belajar membaca di sekolah guna phonetic huruf. Satu hari dia sebut, "ke nif". Kah kah kah, serious wa tak tau beb. Wa ingat memang vocab wa kureng. Rupanya dia nak pisau, knife. Semua ketawa, Aiman tambah lagi, kenii, kenait (knee, knight)








Perjalanan menuju Nottingham Castle. Bersih bandar dia ni dan tak sesibuk Birmingham, apa lagi berbanding London


Knight .... wa pegi Nottingham Castle. Ada patung Robin Hood. Kami tak dapat masuk sebab waktu tu dah tutup. Orang yang paling keciwa adalah Aiman, sebab dia tahu banyak perkara tentang Nottingham ni dan dia memang nak lihat sendiri. Cian dia, merajuk youuu. Wa kata kat dia, pertama papa tak sempat sampai sebelum waktu dia tutup. Kedua, nak masuk guna pound. Papa tak cukup pound. N lah yang wa malas nak jalan ni, pegi situ tak boleh pegi sini tak boleh. Alasannya pound tak sempat dapat. Sedih la.










Depan Tugu Robin Hood. Memula Anas tanya wa, Robin Hood tu beso ke. Wa kata beso macam tu lah, tapi setelah wa telek telek gambo ni, wa rasa tak lah sebeso ni. Aiman kata Robin Hood ni gemok






Aiman sedang menerangkan kepada hadirin tentang gambo ni, tapi terencat bila wa nak ambil gambo dia. Lihatlah betapa antusiasnya para hadirin tu







Tudor house tu adalah tempat penghasilan lace pertama di Nottingham. Tapi dah tutup masa wa sampai, jadi tak merasalah wa lihat pembuatan lace tu. Kaum bapa, lace ni langsir putih tipis tu



Inilah dinding istana Nottingham. Tak cantik pon. Tapi dalam dia memang canthek. Wa cuma dapat lihat dari pintu pagar je, sebab dah tutup. Malangnya camera wa dah habis bateri, jadi ia terakam dalam kepala wa je. Sori ye adek adek sekalian. Tak apa, tak lari gunung dikejo. Bila adek adek datang sini, adek adek bolehlah pukul gambo secukup rasa

1 comment:

Anonymous said...

baru la ni nampak muka Mai, anak yang first one tu wow semangat giler...

Mak Mak tak datang visit ke?

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ