Bunga apa ni? Tulip ke? Spring dah tiba
Salam semua
Dah lama tak menulis, wa dah tak tune dah. Seperti yang wa katakan dulu, hari Jumaat lalu, Haroon dan keluarganya datang ke rumah wa for dinner. Kami bagi dia makan Nasi Tomato dan kek carot.
Haroon dan wifenya. Haroon is a pharmacist and a manager to one of a pharmacy in Birmingham. Very HUMBLE guy. His wife is a mathematic teacher in one of Private Islamic Girl School in Birmingham
Haroon and his doughter, HUSNA (2++ years old). Very fluent in English. Haroon come to England 7 years ago. Now he have bought a house for his family. But deep inside his heart, he want to go back and settle down in his own country, Durban South Africa
Wa sebenarnya malu dengan Haroon dan keluarganya ni. Masa kami ke rumah dia untuk ambil barangan free tu, rumah dia agak besar, semi-D. Mereka nak kurangkan barangan dalam rumah mereka, dan mereka juga sanggup beri kepada kami apa keperluan yang belum mencukupi pada kami. Tapi kami ada lebih dari apa yang mereka ada. Malu khanz?
Ada satu lagi situasi berlainan mengenai malu. Kalau malu berniaga, malu jugalah rezeki itu datang kepada kita. Wa sebenarnya amat malu untuk berniaga makanan di kalangan mat salleh ni. Dah lah kita berlainan budaya, berlainan makanan. Lebih teruk lagi, bahasa Inggeris wa hancuss. Karang misunderstanding pulak. Untuk ini, wa nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mak, Bak, wife wa dan anak anak wa yang memberi semangat. Maklumlah khanz, sekarang ini, anak anak wa punya bahasa Inggeris jauh mengalahkan wa. Awwwwww ! ! ! Wa malu lagi. Sebab tu lu all tak nampak wa kat tepi kereta wa ni. Wa mengintai dari jauh youuu wa cakap lu.
Permulaan yang baik. Bayo tiket masuk sebagai booter GBP7. Hasil jualan hari pertama GBP33.20. Not bad kan. Wa terpaksa jual di car boot ni. sebabnya akhir minggu depan adalah cuti Easter. 5 minggu pulak tu. maka tak de hasillah dari universiti. Penat wa fikir. Nak buat macam mana. Nak beli food caravan, tak ada duit. Nasib baik tak beli. Lu all nak tau, di setiap car boot sale, dah ada jumlah food caravan yang mencukupi, dan tak di terima caravan baru.
Alhamdulillah, Allah telah lorongkan kami untuk membeli van yang kami pakai sekarang ni. Ha ni adalah suatu kekayaan Allah yang selalu kita lupa. Kita selalu ingat apa yang di tetapkan kepada kita adalah suatu kerugian. Sebenarnya, jauh di masa hadapan telah dilorongkan suatu jalan yang lebih baik untuk kita oleh Allah swt. Bersyukurlah dengan apa yang ada
Begitu juga di alam pekerjaan. Kalau kerja tu, buat bersungguh sungguh, Insya Allah kita akan gunakan apa yang kita dapat itu di masa akan datang. Jangan asik nak merungut jek baby. Gaji gaji gaji. Gaji tak penting baby, pengalaman itu yang menyebabkan suatu hari nanti kita yang tetapkan berapa yang kita patut dapat bukan majikan. Ha bab ni, wa tak tau, lu all pandai pandailah cari sendiri. Cuma percayalah, lu boleh dapat apa yang lu mahu, dengan satu syarat, ubah minda bukan kerja untuk gaji.
First day we sell Malaysian food at Bassette Pole. Alhamdulillah, the first step is very difficult to take.
After about 30 minutes we have a curious customers. And after that the money keeps going in. Alhamdulillah, and most of our customers are Malaysians. Thanks all for the support
Setelah duduk dan menjual di car boot sale, wa nampak perkara lain. Next time wa boleh bawa barangan yang wa tak perlu untuk wa jual di car boot sale. Cara ni lebih simple dari wa hantar barang tersebut guna kontena dan jual di Malaysia. Cash pon lebih cepat di generate di samping tak perlu modal yang beso.
Kalau dulu wa ke car boot sale untuk mengeluarkan duit, kini wa ke car boot sale juga, tapi wa dapat duit. Ada satu tamsilan mengenai air batu. satu air batu diletakkan di atas meja, satu lagi dalam segelas air minuman. Yang satu mencair di atas meja hingga kita terpaksa bersusah payah mengeringkannya, yang satu lagi mencair dalam gelas air minuman hingga menambah nikmat pada si peminumnya. Tamsilan ini boleh digunakan dalam apa jua keadaan. Dalam beribadah, dalam mencari rezeki, dalam menuntut ilmu dan sebagainya. Dalam hal ini, kita memiliki satu benda yang sama dan ia diperolehi dengan percuma. Ia adalah masa ! ! ! 24 jam sehari tak lebih tak kurang. Fikir fikirkan
Pagi Jumaat lalu juga merupakan hari pertama wa bekerja sebagai cleaner di salah sebuah kolej swasta di Birmingham. Skop kerja wa adalah sapu dan mop lantai tangga (2 tingkat), 3 kelas, 2 office dan 3 tandas (lelaki, wanita dan OKU). Maka adalah juga income sebagai persediaan cuti Easter (5 minggu) dan summer (3 bulan nanti)
Selain itu, wa dengan sabar menunggu lagi 3 minggu untuk di temuduga bekerja di Hospital Ortopedik. Nama je hospital, tapi keje wa porter, hantar pesakit dari wad ke operating theater dan dari operating theater ke wad. Ia sangat penting, kerana dengan ini, dapatlah wa upgrade bank akaun wa, dan apply National Insurans. NI ni penting untuk mohon kerja. Wish me Luck ! ! !
No comments:
Post a Comment