Semalam wa pergi ke rumah salah seorang freecycler. Nama dia memang pelik, tapi wa tak sangka pulak dia berkulit hitam. Rumah dia cantik. Tema dia black and white. Dinding putih melepak, lantai hitam legam. Tapi bukan hitam Taib Andak (ahaks, bagi yang tau ceta ni pasti ketawa, tapi yang tak tau wa tak mo bagi tau. Maaf ye tuan tuan dan puan puan). Lantai dia class gitew
Tujuan wa pegi ke rumah dia adalah untuk mengambil sebuah TV Philips. Dia kata 21", dan dia kata lagi, wa kena bawa teman untuk mengangkatnya. Dalam sanubari wa, wa ingat, ala 21" je, Insya Allah wa daya angkat sorang.
Sampai dirumah dia, mak ai ini bukan 21". Bila Bak ukur tv tu, rupanya 27". Tv ni lebih baru dari tv Mitsubishi yang wa dapat 2 bulan lalu. Mitsubishi beb, first time dalam hikayat wa, wa dengo Mitsubishi ada buat tv. Balik pada tv yang wa baru ambil ni, ada 2 scart dan 2 socket untuk sound dan video. Anak anak wa dah seronok. Mungkin tv ni boleh digunakan untuk main PS3 mereka. Dah lebih 4 bulan PS3 tu terperap bawah sofa bed milik tuan rumah wa.
Malangnya, harapan mereka berkecai lagi. Tak boleh. Nampaknya, kena beli jugaklah tv yang baru. Kalau kumpul 1 pound sehari, setahun baru boleh beli lah. What to do. Tunggu sahaja lah ye. Nak beli pakai duit Malaysia dah habis. Nak transfer duit pon, akaun dah kena block.
Akaun wa kena blok sebab ada orang cuba guna user name wa dan salah masuk password hingga limit mencuba dah habis. Bab ni memang sengsara. Nak reset kad tu boleh call service centre, tapi nak buat pin dan password baru, lu all kena guna kad ATM dan set pin serta password baru di ATM dalam Malaysia sahaja. Sengsara beb.
Jadi nasihat wa, lain kali, jangan bawa kad ATM bank Malaysia ke sini. Memang boleh guna untuk keluar duit di sini, tapi banyak mananya nilai Ringgit tu kat sini. Jadi lebih baik tinggalkan sahaja kad tu pada mereka yang boleh dipercayai. Senang kalau berlaku suatu yang tak dijangka.
Online banking memang bagus dan sangat membantu, tapi kalau jadi seperti apa yang wa alami, lu senggsara, ye lah khanz, lu bergantung kepada online transaction. Tiba tiba, tak boleh access account lu. Kan sengsara. Nak bayo bil, dan macam macam lagi. Lagi satu nasihat wa, kalau boleh sebelum pergi luar negeri dalam waktu yang lama, bayo semua hutang. Kalau tak mampu jelaskan hutang, jangan berhutang lah. Menda ni dah terlanjur untuk wa, sebab wa dah berhutang. Antara perkara yang ingin wa buat jika wa diberi peluang untuk kembali ke zaman MACHO (mudalah tu) adalah wa tak nak berhutang. Cuma yelah khanz, kat Malaysia, kalau tak berhutang susahlah cik Kiah kan.
Namun, perkara ini wa rasa boleh dilakukan oleh mereka yang baru nak masuk alam pekerjaan. Sebelum terlibat dengan hutang, hidup sederhana sahajalah, orang kata, lambatkan sedikit kesenangan tu. Tolonglah, jangan jadi macam wa yang banyak hutang ni. Ingat tu ye nasihat bernas wa dari pengalaman wa sendiri. Hi hi hi cuma jangan sampai bila bila pon tak boleh senang, sengsara gak tu
Wa terfikir gak, mana ada orang muda zaman sekarang ni, nak dengo cakap orang tua. Wa pon tak dengo gak cakap orang tua wa dulu. Sebab tu jadi macam ni. Namun begitu adik adik sekalian, wa yakin ia adalah satu jalan hidup yang telah ditetapkan Allah swt untuk suatu tugas yang juga telah ditetapkan di hari depan wa. Wa tak tau apa dia, namun, wa redha mengharunginya. Keluh kesah tak bawa kemana. Hidup mesti diteruskan.
Jadi wa rasa pengalaman orang tua ni, (termasuk wa lah, wa dah tua gak.) jadikanlah teladan. Tak semestinya kita ikut, namun ia sangat berharga sebagai pedoman. Sejarah sentiasa berulang, kerana ia lumrah alam. Jadi pastikan kita ikut sejarah yang cemerlang untuk berada di tempat yang cemerlang. Inilah yang dikatakan usaha. Lepas berusaha, bertawakkal kepada Allah swt.
Hi hi hi dah tua dah wa ni. Rasa letih pulak. wa rehat dululah. Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment