Thursday, 27 March 2008

UK yang muram





UK yang muram. Perjalananku masih jauh. Eh kejap je, pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan wa di sini. Cantik gak kesuraman UK ni ye



Lama gak wa cuti Easter. Kalau kerja tetap ni, wa dapat cuti 14 hari setahun. Bila ada cuti macam ni, Easter ke, Summer ke, Winter ke, gaji kita tetap jalan. Kalau part time pula, tada keje tada gaji.

Cuti wa lama, 5 hari. Start Jumaat lepas, hingga Selasa. Maka semalam, Rabu wa start keje balik. Argh ! ! ! malasnya nak pegi keje, pagi pulak tu, 5:45 AM dah keluar rumah. Sekarang ni di Birmingham, 5:45 pagi tu dah cerah.

Setiap pagi, bangun tido, kita ada dua pilihan, bangun dan sambung balik mimpi atau bangun dan mengejar mimpi. Maka wa pilih mengejar mimpi lah, lagi berfaedah. Ia memberi wa semangat nak pegi keje, cuma jangan lupa niat kerana Allah swt, dapat pahala. Tapi...., apa dia mimpi yang nak di kejo tu Yeop? A ah ek, apa dia? Jadi wa set mimpi wa


1. wa nak bawa balik GBP100k dalam masa 3 tahun, maklum hutang banyak.
2. Wa nak bebas hutang.
3. wa nak bawa balik mercedes c class model baru




Haaa cukuplah tiga sebagai pemacu wa. Orang kata kalau kita set mimpi kita tinggi, kemungkinan kita akan mengecapi sebahagiannya. Namun jika mimpi kita itu rendah, kemungkinan yang akan kita perolehi lebih rendah lagi. Sama sama kita lihat nanti, takat mana mimpi wa tercapai


Inilah tempat kerja wa. Kolej Kontraktor, Solihull. Wa dapat tingkat dua, tak sekotor tingkat bawah, tempat praktikal kerja kerja kontraktor tu. Berabuk, berdebu, kotor. Setiap pagi, tugas kami mesti bersih, no excuse.




Tempat keje wa ni, hampir semua cleaner Melayu bertauliah. Wa pon tak tau kenapa Melayu ni suka sangat keje cleaner ni di sini. Penat ooooo. Lalu wa tanya lah mereka. Mereka kata, keje kat sini adalah batu loncatan untuk mereka mendapatkan National Insurans Number. Tempat ni adalah antara beberapa tempat keje yang tak perlukan NI number. Jadi lepas keje di sini, bolehlah kita apply NI number ni.


Ceta ni macam ceta ayam dan telo. Siapa dulu, ayam ka, telur ka? Bila nak keje depa nak NI number, bila nak apply NI number, depa nak surat keje. Kan susah tu. Wa pon oooo sahajalah. Lagipon kebanyakan mereka ni adalah student. Keje tak boleh lebih 20 jam seminggu. Kalau lebih, deport ye tuan tuan dan puan puan, hantar balik 24 hours. Naya wa cakap lu. Jadi pilihan mereka tak banyak

Kes wa pulak, denpenden, jadi wa boleh keje berapa banyak jam yang wa larat dalam seminggu. Kawan wa sms, dia ni selalu bagi wa tips kehidupan di UK ni, dulu dia (kalau tak silap wa) belajar di Leeds, tak pon Liverpool. Dia sms kata dia happy wa dah keje, awww syahdu you. Dia kata dengan duit keje cleaner lah dia bawa balik Mercedes.

WWWHAT ? MERCEDES ??? Wa pon nak buat macam dia, hi hi hi. Ekceli, hampir semua post grad akan bawa balik kereta dari sini. Tak semestinya Mercedes. Tapi yang popular tu Mercedes lah. Best sangatkah Mercedes ni?. Jiran wa masa di Malaysia, bawa balik Toyota Lucida.


Jap, cuba bayangkan tuan tuan dan puan puan, cleaner pakai Mercedes. Zaman bilakah ia akan terjadi di Malaya? Yang wa tau, Bangla yang jadi cleaner di Malaya ada banglo di Bangla (eh dekat dekat je bunyinya). Nampak macam sama je keadaannya. Mungkinkah ada kesamaan. Apakah persamaan tersebut? JOM kita redah. Tapi lu redah sendiri sendiri lah.

Eh ternyata, blog ni boleh menghubungkan kita dengan kawan lama. Pintar gak lah mereka membau blog wa ni. Hanya yang tau wa dengan baik sahaja akan dapat mencium bau wa di sini. Gambo wa pon tak ada. Namun gesaan untuk meletakkan gambo wa di sini, terpaksalah wa menolaknya, jadi macam Pak Lah jap. Wa belum bersedia. Belum dapat ilham

Gamoknya, BN baru tau ke pasal kuasa blog ni? Alhamdulillah akhirnya nak jugak mereka dengo cakap akar umbi. Yelah khanz, kalau kita duduk dalam rumah, mana kita tau rumah dah nak runtuh. Keluar lah baby, lihat rumah dari luar. Kalau keluar rumah tapi lihat benda lain, tak akan nampak gak rumah dah goyah, syork sendiri sahajalah yang dapat. Masalah satu lagi, kalau pon dah nampak, cakap sahaja tak guna Pak Mat, bek ki la cecepat. Kalau susah sangat, runtuhkan sahaja, ganti baru. Cuma, tentulah Pak Mat kena guna biaya yang beso

Wa banyak terima email. Terutama dari mereka yang pernah belajar di UK ini. Ia penuh dengan pelbagai saranan dan gesaan berdasarkan pengalaman mereka. Wa amat berterima kasih atas segala respon tersebut. Keadaan ini akan menjadikan kehidupan wa di UK yang muram ini bertambah warna warni lagi. Aww syahdu. (Sahaja jek kata muram, agar lu all yang tak pernah datang UK ni tak ralat sangat belum sempat datang). Kalau lu all nak tau, lu datang lah kat sini. Psssstttttttt ! ! ! Wa dapat tau, banyak universiti dah tak hantar student ke UK lagi. Mereka hantar ke Australia dan New Zealand je. Benarkah?

Dulu wife wa dapat tawaran ke Australia. Kami pon memang dah suka gak masa tu, maklum, tak kenal maka tak cinta. Sebelum lawatan kami ke Brisbane tahun 2004, wa sangat scaptikal mengenai Australia ni. Terutama masalah perkauman. Tapi Australia ok beb. Rakyat dia peramah. Cuma ... kat sana belanja sekolah anak anak wa di negeri bahagian Brisbane, 5000 Ausie seorang you, 4 x 5000 = 20000 Ausie setahun, mak ai, tak jadilah.





Aiman dan Anas, South Bank Brisbane Australia, 2004. Hari ni adalah hari terakhir kami di sini. Malam ni balik KL. Baju dan seluar mereka ni dah tak ada yang bersih lagi. Sarung saja lah apa yang ada. Panasnya kat sini, menyengat. Anas jadi makin gelap





Masih kah kau ingat ...






Ini pulak nama baru bagi Kolej ni. Sekarang ni hampir semua Universiti kat Birmingham nak guna nama Birmingham. Hingga menyebabkan orang Uni Birmingham agak tak berapa suka. Ia menyebabkan orang konfius dan menyamakannya dengan universiti tersohor di Birmingham, BIRMINGHAM UNIVERSITY.



Wa ingat dah tak dapat lagi tawaran tu. Alhamdulillah, dapat pulak ke UK ni. Itu pon nasib baik wife wa pandai belajo, kalau idok, tak meraso la den kerjo kek sini. Lu all pon tak merasolah baco cerito den ni. Harapan Den nak dokek kan laie memori lu all kek tempat dulu dulu lu all ni. Bagi yang baru dengan tempat ni, dapat lah gak buek pembuko minda. Itupon kalau sudi, kalau tak, den pedulik haper.
Tapi kan lu all, yang lebih penting lagi, blog ni adalah dairi kita. Kalau tak, kita lupa semua ni. Udah le kita lupa, keturunan kita langsung tak tau kehidupan kita. Sekurang kurangnya, dapat gak mereka jadikan pedoman. Kalau bukan pedoman yang baik, pedoman yang tak baik pon pedoman gak tu. Ha janganlah ikut benda yang tak baik, khanz.

No comments:

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

TQ